Kek Prune Kukus

Wednesday, December 07, 2005

Dah coba ini kek... besh! besh! besh! Resepi ni aku amik kat c*ri.com... sume orang bagi review bagus punya...

Bahan-Bahan
250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup)
20 biji prune (lagi lebih lagi terasa prune tu, kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)
5 biji telur
Esen (resepi asal tak de, aku je tambah cause takut hanyir bau telur)

Cara-Cara

1. Didihkan air dalam pengukus
2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi
4. Masukkan prune yg telah dikisar
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai
7. Gris loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan
8. Kukus selama 1 1/2 jam. Pastikan loyang yang digunakan tidak menutup sebahagian besar lubang-lubang kukusan. Jika ini berlaku amik tungku (untuk letak kuali/periuk panas) dan letak loyang atas tungku tersebut supaya udara panas dapat mengalir dengan sekata.
8. Letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan (ikut kretiviti atau mengikut contoh dalam gambar di atas)

Saiz Adunan
3 adunan 7 x 4 atau 1 adunan 9 x 9 berketinggian 2"

TIPS
1. Adunan kek dituang separuh ketinggian loyang untuk memberikan ia ruang naik dengan cantik
2. Boleh campurkan gula 1/2 cup gula halus + 1/2 brown sugar (gula perang) pun sedap. Warna kek akan jadi lebih gelap disebabkan oleh brown sugar tersebut (aku taruk sume brown sugar)
3. Boleh guna topping kek coklat sebagai topping kek
4. Didihkan air di dalam pengukus sebelum mengukus kek dan pastikan wap air pada penutup tidak jatuh ke atas kek (cover kek dengan aluminium foil/tuala)
5. Better to use prune jenama Sunsweet. Bila guna prune jenama lain, kek prune kurang mengancam dari segi warna dan rasa

1 comments:

Anonymous said...

aisey..tak aci la buh gambar kek org lain...buh la gambar sendiri

Homeylicious Flavours Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino